hello (:

dimulakan dengan بسم الله,
disudahi dengan الحمد الله

Friday, February 3, 2012

minggu empat

tiba tiba balang kepek pisang aku tinggal separuh. aku hairan. ada toyol curik ke?

assalaam

dalam cubaan nak buat labreport aku sangkut dalam bahagian melukis gambar organ tikus. lukisan serupa tahik tu aku conteng. makin geram aku dengan subjek bio ni. sila berikan aku wajah untuk aku tumbuk. para gadis dan wanita tidak digalakkan untuk menjadi sukarelawati, takut masuk hospital terus takbangun pagi.

masih lagi di uia dengan cita cita hari sabtu baru sampai rumah. tiket kereta api aku ditunda dan mengalami sedikit masalah teknikal. sungguh sedih melihat rumah yang makin berjauhan dari pandangan mata. marilah sertai aku menangis bersama. sobs

duit di dompet juga semakin menipis. sepertinya kaum kaum pemberi elaun terlupa akan nafsu nafsu pelajar untuk makan besar di restoran restoran ternama. melihat badan yang makin mengeding, terus aku mengalirkan air mata kedua.

notakaki - bila abah aku lambat bayar cukai kerajaan marah marah siap hantar surat. sekarang ni aku nak marah sebab elaun takmasuk lagi memang valid la kan?

2 comments:

aRinarRe said...

sendiri makan kerepek blame toyol. apa daaa -.-

fif said...

LIES !! aku siap mimpi pasal benda ni doh! |: