hello (:

dimulakan dengan بسم الله,
disudahi dengan الحمد الله

Thursday, September 8, 2011

perkara yang kita panggil kecil

aku ke kelas dengan perasaan baru harini. pergh. macam menteri baru dilantik jadik ahli parlimen. gitulah rasanyer. hebatkan? aku pandang pandang stokin aku, pergh lagi sekali, taksia sia aku jalan jauh pergi pasar malam ritu, merasa gak aku pakai stokin gi kelas

semangat stokin baru tu bukan kepalang. ia buat aku nak belajar. ia buat aku nak segera pergi kelas. sampai macam tu sekali pengaruh stokin baru ni. harga tiga setengah je. kalau aku angkut sekali tiga pasang dah boleh dapat diskaun, tapi memadailah sepasang untuk cover stokin yang aku tertinggal kat rumah.

stokin? pfttt..

bukannyer apa. hari senin lepas aku gi kelas pinjam stokin rummet aku. bukan nak merungut, tapi rasa semacam stokin dia. takngam ngan jiwa batin aku. benda kecik macam ni la yang kita selalu terlepas pandang. bila dah hilang baru nak menangis mengenangkan kenangan masam manis bersama. tahik

tanya balik aku soalan yang sama.

stokin?

ha'ah, stokin.

minggu ni stokin yang aku hilang. mungkin minggu depan kepercayaan aku terhadap orang lain aku hilangkan. mungkin jugak tahun depan nilai sahabat itu aku hilangkan. eh jap. rewind. mungkin minggu lepas kepercayaan aku terhadap orang lain aku hilangkan. mungkin jugak tahun lepas nilai sahabat itu aku hilangkan.

kecil? ha'ah kecil. susah bagi kita nak perasan benda tu semua. sebab itu aku menundukkan kepala, merendahkan ego, dan meminta maaf atas segala salah silap yang aku lakukan selama ni.

syawal takhabis lagi,
kuih raya masih penuh seguni;
bermaafan lah lagi,
insyaAllah hati suci dan murni (:

2 comments:

~ pEJuAnG CiNtA ~ said...

mungkin nilai stokin tu lebih besor dari nilai sebutir permata =.=' haha

http://iium-blogger.blogspot.com/2011/09/chosen-video-made-by-malaysians.html

fif said...

fuyyo