hello (:

dimulakan dengan بسم الله,
disudahi dengan الحمد الله

Sunday, August 8, 2010

kisah di alam tadika

cerita ini sangatlah tidak sesuai bagi mereka yg masih tak siapkan tutorial dan assignment yg dari minggu lepas tertunggak. oh yg ade kuiz mahupun test pada esk hari juga dilarang membaca entri ini. pegi ar blaja dlu ek? haha :D


Cikgu Husna memasuki kelas 6 Beruang dengan muka yg ceria, menyambut pelajar-pelajarnya yg baru sebulan berada di tadika err... tadika mana entah, tapi yg aku igt kat Taman Canning nun jauh di Ipoh sana.

Cikgu Husna memaklumkan kelasnya pada hari itu bahawa mereka akan bermain satu permainan. si gemok kedempol yg aku dah lupa namanya menjerit keriangan, almaklum, kanak-kanak ribena. kittew nak mayen game appe cikku? soal farahana, perempuan yg paling comel dalam kelas tu, well, bg aku lar sbb dia duduk sebelah aku. hihihihi

maka keluarlah watak sampingan dalam entri kali ini iaitu pak justin dan pak bieber. haha.(drpd pemakaian diorg aku rase diorg tu tukang kebun, tp diorg nmpk hot dgn nama org puteh tak gitu? kui3) tujuan penampilan watak pak justin dan pak bieber adalah semata-mata utk mengangkat sebakul kentang dan beberapa plastik giant yg dah digunakan, selepas itu perwatakan mereka terus lesap di bawa angin...

ok cerita bersambung, Cikgu Husna pon mengagihkan plastik kepada kami semua, dan memberi arahan sebegini rupa ; sekarang kamu semua amik beberapa kentang yg termampu, dan kentang-kentang yg kamu ambil ini perlulah ditulis namanama org yg plg kamu benci di dunia ini. kalau kamu ada dua orang yg kamu benci, so, amikla dua kentang, lpas tu tulis nama diorg dan masukkan dalam plastik yg cikgu kasik tadi, paham anak-anak?

dengan lantas bergeraklah kami dengan terpusu-pusu nak amik kentang free tu. aku amik 2 bijik, menandakan aku benci gile-gile kat budak kembar kelas 6 Panda, ade ke patut diorg gelak sebab nama kelas aku tak sekiut nama kelas diorg? okay boy, kau dlm list aku. siap kau bile aku dh besar skit nnt. haha


aku pon tulislah nama mereka berdua. sambil-sambil tu aku toleh kiri, toleh kanan. farahana amik seketul je, tyme aku nak tengok nama sape yg die tulis die buat muka tak kiut die kt aku lepas tu maen sorok-sorok kentang die tu. hampeh, lepas tu aku perasan si gemok kedempol amik banyak gile kentang, aku cuba kira pakai jari tangan tapi tak cukup jari :O


lantaklah kau gemok, janji kau bahagia. 


lepas kami semua dah setel tulis nama kat kentang-kentang tersebut, Cikgu Husna cakap lebih kurang begini; okay skrg lu smua kene jage kentang tu bak menatang minyak yg penuh, bwk kentang-kentang yg lu smua amik tadi kemana sahaja bagai si yellow guy yg mengikut lu punyer enset, gua kasik lu smua tempoh sminggu.


aku tak faham apa yg Cikgu Husna cuba sampaikan sehinggalah 3 tahun yang lepas. 


maka hari berganti hari, kami semua membawa plastik berisi kentang tersebut kemana saja kami pergi; ke tandas, ke kelas, ke kantin, ke taman permainan; bagi tempoh seminggu. kami letih, kami bengang, kami blur. cumanya kami hanyalah kanakkanak kecil yg masih mentah, masih tidak tahu memberontak. ada juga antara kami yg buang plastik tersebut pada hari ketiga permainan, 
alasan -> tak tahan bau kentang busuk.
pemberi alasan -> si gemok kedempol. haha
setelah berakhirnya waktu seminggu, cikgu Husna pon bertanyalah kepada kami, apa perasaan kami bagi permainan tersebut? jadah dia, selamat aku kecik lagi waktu tu, kalau tak dah lama aku mencarut siap ngan body language yg sangat tidak senonoh :P


nak tahu apa yg kami belajar dalam permainan tu? itulah penangan kalau kita semua menyimpan dendam, menyimpan musuh, menyimpan perwatakan-perwatakan antagonis dalam diri kita yang daif lagi bodoh ni. semakin hari beban tu akan menyusahkan diri sendiri, memakan jiwa raga kita, dan menjatuhkan agama bangsa yg kita dok sanjung selama ni. 


JALAN PENYELESAIAN? tirulah si gelok kedempol. korang faham en apa yg aku cuba sampaikan? :)  




2 comments:

EG said...

siot giler gemok haha..

ak nk blaja kat tadika ko la..name kelas cam stylo+cute..haha

aƒiƒ said...

ye. gemok mmg siot. haha

bkn takat nama tadika je yg stylo+cute , bdk2 die pon stylo+cute gak (especially aku larr, hihihi) :D