hello (:

dimulakan dengan بسم الله,
disudahi dengan الحمد الله

Saturday, May 4, 2013

batsy

assalaamualaikum (:

dan salam sejahtera kepada anda semua! :D

setelah diberikan cuti selama empat hari (sehingga selasa depan) aku terasa terhutang untuk memenuhkan kembali blog ini dengan entri entri yang lebih kurang dan kadang kadang berguna untuk masyarakat Malaysia semua. kahkah

konteks 'berguna' seperti yang telah ditulis di atas jangan lah disalah tafsir dan disalah gunakan. kerana budak budak farmasi tahun pertama seperti aku ni tidak harus lupa dateline assignment dan juga kuiz kuiz kuiz yang bakal menjelma seperti ninja! *poof!*

tapi kali ni biarlah aku bercerita pasal hobi aku. hobi yang secara tidak sengaja di temui ketika di zaman persekolahan dulu dulu dulu kalaaa. kahkahkah

pertama!
aku suka giler giler kat batman. sebab apa? takda sebab! haha. aku memang suka something tanpa memerlukan sebab. lebih cool begitu bukan?
kalau tengok gobok baju (sinonim bagi almari baju) aku ada la dalam enam tujuh baju batman tu. haha. gambar di bawah ni antara baju feveret batman yang aku ada! sebab ada orang belikan. kehkeh ;P 
*sila abaikan model! xD* 

weeeee <3 td="">
kedua!
aku suka melukis. mungkin sebab aku malas nak tulis formula formula yang patut dihafal masa sekolah dulu, tapi lebih cenderung untuk melukis makhluk makhluk yang aku rasa awesome dan patut di lukiskan dan diabadikan di setiap helai nota nota microbiology xD
kasik satu gambar cukup la yedak? panjang pulak post aku kali ni. kahkah. 

sekian. selamat mengundiii :D

Friday, April 12, 2013

eh?

beberapa hari lepas aku gi dinner dengan dua orang lagi sahabat. sambil menunggu makanan sampai datang lah seorang lagi hamba Allah ke meja kami.

sahabat A : haa, tu haaa member baik kau tu! (sambil menunjukkan hamba Allah yang baru hadir tadi kepada sahabat B)

sahabat B : woih! :o (menegur dengan nada sedikit terkejut)

hamba Allah : weyh! hahaha. kau takgi daurah ke?

sahabat B : aku sekarang sibuk doowh, nak kejar assignment lagi.. kau dari daurah ke?

hamba Allah : eh tak, japlagi ler kut nak gi talaqqi. haa. kau asal dah lama takgi talaqqi?

sahabat B : kan aku dah cakap, sekarang sibuukk

sahabat A : ha'ah weyh, sibuk giler kitaorang sekarang ;O

hamba Allah : ha takpa takpa, kalau free meh ler datang. eh nak order air kejap, aku duk sini la, takda orang en?

maka penuhlah meja berbentuk segi empat sama itu. perbualan antara hamba Allah dengan dua orang sahabat yang terlibat tadi berterusan, agak panjang sampai aku takdapat tangkap apa yang diorang borakkan. sepanjang perbualan mereka, aku diam membisu..

setel diminum air kepunyaan hamba Allah tersebut, maka berangkat lah beliau pergi. dan, sampai sekarang.. sampai sekarang aku taktau nama hamba Allah tersebut.

tamat.


Saturday, March 16, 2013

lilin pertama

sama keras kepala.
sama degil.
sama malas.
dan juga lebih lebihan sifat lain yang buat aku sentiasa berdoa agar dia dan aku cepat dinikahkan. hehe. weyh weyh korang, tolong doakan sekali ye :D terima kasih! >.<